Friday, 28 August 2020

SEAWEED CHEESY CRUNCH KINI BERTUKAR WAJAH KE 'SEAWEED BITES'

 

Produk sulung daripada Cahaya MK Resources kini berwajah baru apabila pihak kami melakukan sedikit perubahan dalam bentuk peket yang senang dibawa ke mana sahaja dan senang disimpan.

Nama Seaweed Bites diubah juga kerana kini pihak kami menyediakan 4 perisa yang berbeza iaitu Original, Cheese, Salted Egg dan Hot and Spicy.

Confirm terangkat gaissss!!! Boleh dapatkan pack istimewa anda daripada pihak kami.

Kami juga sedang membuka penyertaan atau ingin berkongsi rezeki sesama kita kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen Seaweed Bites. Syarat; beli 10 pack Seaweed Bites dan anda akan automatic menjadi sebahagian daripada kami.

Dengan berat 200gram, harga kami sudah tentu lebih murah, RM20.00 untuk satu peket sahaja.

Jom rebut pack anda hari ini....

Monday, 3 August 2020

Wow 10 Khasiat Rumpai Laut Ramai Orang Tak Tahu



Rumpai laut atau dikenali sebagai sea bird nest, mengandungi sumber serat dan protein yang tinggi, justeru sesuai untuk penjagaan kulit.

Rumpai laut yang dianggap ‘ibu kolagen’ mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.

Rumpai laut adalah sejenis algae. Terdapat lebih 10 ribu jenis rumpai laut terbahagi kepada 3 kumpulan warna iaitu hijau, merah dan coklat. Ia boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit.

Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja. Secara am nya, Rumpai Laut atau Seaweed adalah makanan beralkali yang kaya dengan khasiat antaranya ialah:

Kandungan asid amino yang tinggi.
Mengandungi antioksida yang tinggi
Kandungan mineral yang pelbagai
Rendah lemak
Kalori rendah
Sumber tenaga
Tiada kolestrol
Mengandungi Vitamin A B dan C

Jom ketahui apakah khasiat rumpai laut.

1. Mencantikkan kulit
Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit.

Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik ini. Ini kerana berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

2. Merawat sakit jantung dan mengurangkan kolesterol
Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung. Rumpai laut bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan yang membantu merendahkan kadar kolestrol. Ia turut mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

Rumpai laut terkenal dengan sifat alkali yang kuat. Ia mengandungi protein yang tinggi dan beberapa mikronutrien yang hampir sama dengan bayam. Di Malaysia mungkin ia belum cukup terkenal berbanding Jepun. Rumpai laut adalah sejenis sayuran yang sangat popular di sana. Ia hidup di kawasan air masin dan cetek bagi mendapatkan cahaya matahari yang cukup.

3. Baik untuk kulit
Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Sifat alkali dalam rumpai laut tinggi disebabkan kehadiran mineral yang banyak dan pelbagai mineral lain seperti kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodin dan zink berbanding sayuran lain adalah baik untuk kesihatan kulit.

4. Berfungsi sebagai pelekat dalam badan
Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan. Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit.

5. Baik untuk penghadaman
Rumpai laut sangat baik untuk penghadaman kerana kandungan fibre atau serat nye yang tinggi. Hasil kajian para Saintis di Newcastle Universiti mendapati kandungan alginat yang terdapat di dalam rumpai laut coklat dapat memperkuatkan bendalir usus yang berfungsi untuk melindungi dinding usus.

Ia melambatkan penghadaman jadi kita merasa kenyang lebih lama dan memperlahankan penukaran makanan kepada tenaga (rendah-GI). Satu kajian ke atas flora najis wanita2 Jepun mendapati pengambilan rumpai laut yang tinggi menambah bakteria baik di dalam usus. Ia menyempurnakan pencernaan dan seterusnya mengurangkan angin dalam badan.

6. Tinggi nutrien dan rendah kalori
Pakar Nutrisi dari Klinik Food Doktor, Ian Marber mengatakan ada nutrien yang kita mungkin tidak akan dapat dari sayuran yang di tanam di atas tanah yang tidak subur. Menurut laporan dari British Journal Of Nutrition, Arame dan Wakame adalah rumpai laut yang kaya dengan kalsium, iodin, folate dan magnesium manakala rumpai laut ungu sangat kaya dengan Vitamin B

7. Mengurangkan tekanan darah tinggi
Journal Of Nutrition juga melaporkan bahawa rumpai laut Wakame didapati telah menghindar tekanan darah tinggi pada haiwan. Kajian dari Universiti Kyoto mendapati serat dari rumpai laut coklat merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko stroke pada haiwan yang mempunyai masalah kardiovaskular.

Bagaimana pula dengan manusia? Kajian selama 25tahun terhadap penduduk Okinawa yang mempunyai arteri yang sihat, kolestrol rendah dan homocysteine (bahan kimia yang merosakkan jantung) rendah mendapati rumpai laut adalah 7 dari 10 diet harian dari buah2an dan sayur2an mereka.

8. Membantu badan untuk detox
Kajian dari Universiti McGill di Canada menunjukkan rumpai laut sangat baik untuk menyingkirkan strontium, bahan kimia radioaktif dari badan. Rumpai laut juga menyingkirkan toksik kadmium dan plumbum yang tidak hanya yang terdapat dalam asap rokok tetapi juga dari persekitaran yang tercemar akibat aktiviti industri dan pengangkutan, kata Dr Santillo, penyelidik sains kanan di Greenpeace.

9. Mencegah kanser payudara
Rumpai laut tinggi kandungan Lignan iaitu bahan yang membentuk phytoestrogen dalam badan. Ia membantu menghalang kimia estrogen membentuk kanser payudara. Dr Jane Teas dari Universiti Harvard menerbitkan kertas kerja mengatakan pengambilan rumpai laut Kelp mungkin menjadi faktor yang menyebabkan tahap kanser payudara yang rendah di kalangan wanita Jepun.

10. Meningkatkan taraf kesihatan
Menurut Greg Lampert, pengarah kursus herba di College Of Integrated Chinese Medicine, rumpai laut Kelp boleh mencairkan kahak, melawaskan pembuangan air kencing dan mengurangkan bengkak. Ia juga membantu meredakan mabuk. Sangat berkesan bagi mengembalikan kesihatan selepas pulih dari sakit.

Selain itu, di antara khasiat rumpai laut ialah:

Kajian menunjukkan rumpai laut ini mampu mengurangkan gejala osteoarthritis sebanyak 15 %
Mengandungi iodin yang diperlukan oleh kelenjar tyroid
Anti radang, anti bakteria dan anti viral
Mengandungi alginate yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme
Meminimum peningkatan berat badan
Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema & psoriasis
Mengandungi seanol iaitu antioksidan yang mampu merangsang tenaga & kecergasan mental
Mengandungi lignan yang dikatakan mampu mengembali semula corak tidur & mengurangkan ‘hot flushes’ pada wanita menopaus
Sisa tapisan dari air rebusan boleh dijadikan masker untuk kulit yang lembap, licin & cerah
Menguat sistem keimunan, sistem abdomen & pelihara kalenjar tiroid
Mengurang penuaan pramatang seperti kedutan/kulit kendur
Mengurangkan selulit
Mengurangkan sakit bahu & belakang
Merawat gout
Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan dan merawat gastrik
Menstabilkan kandungan gula dalam darah
Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit
Menyembuhkan luka
Memberikan rasa kekenyangan yang lama


Itulah dia khasiat rumpai laut yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

Thursday, 27 October 2016

Memilih Jenis Rumput Untuk Taman Anda

Memilih jenis rumput untuk taman anda adalah penting dalam jangka masa panjang. Walaupun semua orang mahu mempunyai rumput yang indah, tiada siapa yang mahu kerja-kerja tambahan untuk mengekalkannya. Walaupun semua orang mahu mempunyai taman penyelenggaraan percuma, anda tidak boleh lari dari hakikat bahawa apa sahaja rumput anda pilih, sentiasa ada beberapa penyelenggaraan yang diperlukan untuk memastikan rumput anda tetap bagus dan hijau. Jika ini adalah kali pertama anda mempunyai taman, maka artikel ini adalah tepat untuk anda.


Jenis-jenis rumput yang biasa untuk taman-taman di Malaysia

  • Rumput Lembu
  • Rumput Mutiara
  • Rumput Karpet Filipina
  • Rumput Karpet Jepun


Ramai orang memilih jenis rumput untuk taman mereka tanpa mengambil kira faktor-faktor berikut: -

  • Cuaca di Malaysia
  • Jumlah merumput
  • Cahaya matahari
  • Keperluan air
  • Pemotongan rumput
  • Baja

Biasanya selepas projek pengubahsuaian anda, perkara pertama di fikiran anda adalah kos terutamanya jika anda mempunyai di bawah diperuntukkan bagi projek pengubahsuaian anda. Jika anda mempunyai sebuah taman kecil, maka jumlah kos tidak akan terlalu banyak.

Disini adalah jenis-jenis rumput dan ciri-ciri mereka.


Rumput Lembu (Cow Grass)

Rumput ini adalah rumput biasa dan tumbuh di mana-mana. Ia adalah tahan lasak, tidak perlu baja dan tidak memerlukan banyak air kecuali jika cuaca adalah panas dan kering dalam tempoh beberapa minggu. Kelemahan rumput lembu adalah ia tidak berapa rata dan tidak kelihatan seperti karpet. Ia juga perlu dipotong setiap beberapa minggu, bergantung kepada hujan dan bagaimana subur tanah. Semakin banyak air dan subur tanah, lebih cepat ia tumbuh.




Rumput Mutiara (Pearl Grass)

Rumput Mutiara kelihatan seperti rumput lembu tetapi mereka lebih pendek, bulat dan daun tebal. Rumput ini perlu lebih banyak air berbanding rumput lembu untuk tahan lebih baik dan kurang tahan lasak. Kadar pertumbuhannya lebih perlahan dan mereka membesar dengan baik jika berada di kawasan terlindung dan bukan di bawah matahari sepanjang hari. Di bawah matahari langsung, mereka memerlukan air yang kerap. Jika tidak bahagian tepi bilah rumput akan bertukar coklat. Rumput mutiara sangat baik untuk tanah berpasir dan bersaliran baik. 

Jika taman anda berlopak selepas hujan lebat, mereka cenderung untuk dijangkiti kulat dan cepat mati. Kelebihan rumput mutiara juga kelemahan utamanya. Mereka tumbuh perlahan-lahan jadi memotong hampir tidak pernah diperlukan. Namun kerana mereka membesar dengan perlahan, benih lain ditiup ke dalam taman anda boleh mengambil akar dengan mudah. Walaupun anda tidak perlu untuk memotong mereka, anda perlu untuk mengelakkan mana-mana rumput daripada yang tumbuh di taman anda. Rumput liar dan rumpai boleh  merosakkan rumput mutiara



Rumput Karpet Filipina (Phillipine Grass)

Rumput Karpet Filipina adalah lebih halus berbanding dengan rumput lembu atau rumput mutiara. Ianya agak tahan lasak dan mempunyai akar yang kuat. Jika anda tidak menyiram ia dengan kerap, akar akan lebih mencengkam lebih dalam dan dari masa ke masa, anda tidak perlu untuk menyiram rumput ini walaupun dalam keadaan cuaca panas tetapi ianya akan mempunyai hijau yang lebih pudar. 

Walaubagaimanapun, ia kerap disiram, ia cenderung untuk mempunyai bayangan hijau gelap yang disukai sesetengah orang. Rumput jenis ini perlukan cahaya matahari penuh sepanjang hari. Jika dalam keadaan terlindung, mereka cenderung untuk menjadi lebih tinggi dan lebat. Rumput ini agak agresif dan boleh bersaing dengan rumput lain oleh itu anda perlu kerap merumput. Rumput Karpet Filipina perlu dipotong sekali setiap 2 minggu. Jika dibiarkan terlalu lama, rumput akan menjadi tinggi dan jika anda memotong rumput terlalu pendek, ai akan meninggalkan tompok coklat.



Rumput Karpet Jepun (Japan Carpet Grass)

Rumput ini mempunyai bilah yang lebih halus berbanding rumput karpet Filipina. Bilah rumput adalah lebih lembut, lebih pendek dan padat. Ianya tumbuh agak perlahan-lahan dan tidak perlu kerap untuk merumput. Rumput jenis ini memerlukan air dan di dalam tanah kering, ia cenderung untuk mati. Oleh kerana rumput ini tumbuh dengan perlahan, ia tidak boleh bersaing dengan spesies cepat membesar. Rumput karpet Jepun adalah yang paling mahal daripada 4 jenis dalam.


So, untuk memudahkan para pelanggan yang berminat nak buat landskap cantik-cantik kat rumah tu, jangan segan-silu hubungi salah seorang staff kami di talian; 014-2690256 (Ghani)


Adios!

Sunday, 24 July 2016

BAGAIMANA TANAM RUMPUT CARPET UNTUK RUMAH PANGSAPURI MURAH?

Kami menawarkan khidmat tanam rumput, bina landskap perhiasan taman untuk rumah anda.

Jadikan kawasan rumah anda menghijau dengan rumput baru.

Antara jenis yang ditawarkan,

Landskap

Menanam rumput
1.Rumput Karpet \ Carpet grass Philipines paling top,mudah dijaga, tahan penyakit, kemas.

2.Rumput Padang \ Cow grass Biasa, mudah dijaga, rumput padang.

3.Rumput Mutiara \ Pearl grass Cantik,tak perlu potong, sukar dijaga = mesti selalu siram baja,kos tinggi dari jenis lain.

4.Service membaikpulih membaja rumput karpet yang KEKUNINGAN menjadi HIJAU semula

5 Kami menyediakan " MONTHLY PERMENANT SERVICE "

6 Membaikpulih dan mengubahsuai serta mencantikkan semula Lanskap yg lama menjadi lebih cantik.

7.Mengambil Upah dan membersihkan kawasan kebun yg terbiar.

Kami juga menerima tempahan membeli pelbagai jenis rumput karpet utk Lanskap sebagainya.

Keterangan lanjut sila hubungi kami:

014-269 0256 (Ghani)

Saturday, 26 September 2015

SCOTTSDALE SILVER .999 FINE SILVER 1 TROY OUNCE RM100/PCS

JUALAN HAMPIR AKHIR TAHUN!!!

BELI 1OZ (Troy Ounce) HANYA RM100 SEKEPING!!!

Hubungi kami di 017-6148014

*Stok terhad.

Sunday, 13 September 2015

BINA BLOG PERNIAGAAN ANDA SENDIRI

PROMOSI TERHAD!! Sehingga 30 September 2015 ini sahaja, biar kami bantu anda
membina blog perniagaan anda sendiri dengan ringkas dan mudah diuruskan oleh
anda sendiri.

Harga promosi hanya RM20 sahaja. (URL PERCUMA [blog spot], Header PERCUMA, &
Coaching kendalian blog PERCUMA untuk ONE-OFF)

TUNGGU APA LAGI!!! HUBUNGI KAMI SEKARANG!!!

Kami turut menyediakan perkhidmatan:
- Bina laman web korporat
- Graphic designer
- Web designer

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK KETERANGAN LANJUT!!!

Facebook: Cahaya MK Resources
Email: cahayamkresources@gmail.com


PENGENALAN: CAHAYA MK RESOURCES

CAHAYA MK RESOURCES adalah sebuah syarikat Enterprise / Persendirian yang telah didaftarkan pada 12 Mei 2015 menurut peruntukan-peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, dengan nombor pendaftaran SA0337960-K dan tempat perniagaan (sementara) adalah di alamat No.11A, Jalan Kobis Bunga 24/29, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Jenis Perniagaan yang dijalankan adalah seperti;
- Menjual Makanan dan Minuman
- Perkhidmatan Pengurusan Acara
- Membekal Peralatan Sukan,
- Perkhidmatan Pengurusan
- Membekal dan Menjual Bahan Binaan
- Menjual Bahan Mentah/Basah/Kering dan Bermasak Islam

Akaun Syarikat;
CIMB Islamic Bank Berhad - 8602324049